bersemangatlah..

di tengah kepekatan malam

dam di dam dam di dam...

bersemangatlah....
bangkitlah dari duduk..
dabik dada dengan bangga..

"untuk sesiapa yang pernah hidup
merasa ditekan merasa dikambus
untuk sesiapa yang pernah mati
bukan sekali, berkali-kali.."

bangkitlah...

buka langkah jalan megah
jangan gentar halilintar

buka langkah jalan megah
jangan takut angin ribut

buka mata buka telinga
dengar saja suara kita

benar kata fynn,
dengar saja suara kita
untuk apa di ikut kata mereka
jangan takut, jangan ketar
jangan gentar halilintar
kamu untuk kamu..
bukan untuk mereka

"kadang-kadang kita rasakan
semua yang telah kita lakukan
sudah terlalu sempurna --

tapi kenapa saja
mengapa saja
selalu salah di mata mereka?

kita katakan kita mahu ini
kita katakan kita mahu itu
tapi aku hendak tanya kenapa cuma di dalam hati kamu?"

kenapa mengapa dibiar begitu saja
rentetatan episod ceritanya?
kamu hidup untuk siapa?
kamu dibangkitkan dikira di timbang
atas nama akaun siapa?
bersemangatlah.

raya....

hari kebesaran menjelang muncul
ya, hari besar yang dinanti muncul lagi
apa erti hari besar untuk kamu dan aku?
apa kejayaan bakal tercapai untuk aku dan kamu?
saiz pinggang makin kecil kah?
baju baru berpasang2 kah?
duit masuk berkepuk-kepuk kah?
atau jaya, terasa amal bertambah?

hari besar..
entah.. sama je dan macam tipikal
mungkin sebab aku xisi bulan sebelumnya
dengan penuh, dengan tunduk yang cukup
selalu ku katakan barangkali bulan lagi satu
aku akan isi dengan lebih terisi
eleh, lagu sama dinyanyikan konon
xpa, semoga tuhan bagi lagi masa..
untuk aku betul2 rasa kemenangan itu
biar xnampak dimata, x nampak di fizikal
tapi terasa manisnya di sanubari..
itu apa yang aku rasa tentang hari besar
itu apa yang aku harap untuk hari besar...

oh ya, ada lagi..
aku suka hari besar ini..
entah, mungkin temanya, moodnya sangat bagus
untuk kita medapatkan org sekeliling
bersalam, bermaaf-maafan..
sangat indah sebab semua semangat sebegitu
xkira aku, dia, kamu ataupun mereka
eh, kan bagus kalau kempen sebegitu diterus
setuju x?

"selamat hari raya aidilfitri, sepuluh jari tersusun rapi
memohon ampun maaf mana2 singgungan di sini"

p/s: pada faizun, terima kasih atas jemputan konvoi.. aku pasti ikut

cerita pilihan hari ini

barangkali kamu akan terasa merasa
dengarkan ngertikan....

antara aku dan puisi

jujurnya
aku tidak reti pun berpuisi
kerna aku percaya aku tidak ada bakat seni
sebegitu...

dahulu..
ada org menegur..
kamu tulis ayat2 puitis
kamu ni boleh jadi pemuisi
boleh perjuang seni ini
aku cuma bergelak besar dalam hati

aku lihat, ku tatap, kutekan2 tetikus di tangan
imbau balik entry2 sebelumnya
baru ku ngerti...
ayat2 aku bukan ayat2 ala2 normal
ayat2 aku berbunga kadang2 meloya
hahahahaha
bermadah umpama sang pujangga

xmengapa kalau tidak ada masa untuk dibaca
aku tidak pernah paksa kamu rasa loya
xmengapa kalau tidak ada masa untuk mengerti
bait2 tersirat yang cuba aku sembunyi
karya tarian jari jemari menari
aku tidak pernah paksa

mungkin ianya bagiku indah
mungkin dengan ayat ditari
mesej2 aku lagi senang untuk dikarang
bila aku nampak orang jatuh x bangun
bila aku nampak orang dijatuhkan x bangun2
bila aku jatuh tersungkur, sakit nak bangun2
aku suarakan pendapat, barangkali buah fikiran xberapa matang
kerna perjalanan pengalaman masih sikit pendek
untuk jadi modal menafsir kejadian sekeliling

tapi aku cuba juga untuk bersuara
kerana ini laman aku, aku ada kebebasan itu
dan aku akan terus bersuara
walaupun xdelah lurus dan mudah dipaham dibaca
pedulik hape
kan ke seni itu kadang2 abstrak
nak pahamkan pun kadang2 sampai retak kepala otak.

barangkali, satu masa nanti
aku berpeluang jadi macam dia

org jenius pun kene baca juga

semalam

aku xstudy pun untuk pagi ini
maksud aku, xstudy sangat r..
ya, pagi tadi ada paper
paper terakhir before cuti raya

petang semalam
ade r buka2 notes cket2.
lakar2 mekanisme biosynthesis yg comel2
tapi resmi orang jenius
lakar bukan lakar semua

malam semalam
sekali lagi
baca, lakar sambil lewa
tendang bola di tengah malam
balik bermain, baca2 lagi

penyudahnya
hanya sekadar mampu tunai subuh
tanpa dapat rasa nikmat imsak
pas solat, guling2 sambil belek2 notes
masih lagi sambil lewa
walaupun paper itu dikhabarkan susah

tiba di dewan
aku tergelak tengok soalan
yang terlakar, keluar pula
jawab dengan seribu satu confident
ala, burn 5 percent je (sebab ade soklan yg aku tinggal)
yang lelain tu yakin benar
yang lelain itu, sekali lagi di ambil lewa

tapi kan...
tuhan tu maha adil
ha, sape suh xbaca betul2
soklan senang pun leh silap
mase nak kemas beg tadi belek2 r notes td
banyak gak yang tersilap keliru..
hahahahahahaha..

okeh, walau bunyi macam dah basi
aku xnak bende gini berulang lagi
cukuplah igauan ngeri satu masa lepas
aku mungkin jenius
tapi kalu jenius yang xde usaha xleh juga
kene baca juga

harga seorang aku, ber-orang2 kamu

kamu hebat, aku pun hebat
kita sama2 terkedepan
sama2 berlumba-lumbaan
nak jadi mantap, nak jadi at the top
ada apa dengan terkedepan?
adakah jadi modal untuk dibangga dipuji-puja?
ada apa dengan berlumba-lumba?
adakah hanya sekadar mahu cari nama?

aku xsalahkan frasa buat yang terbaik
aku xsalah kan kamu kalau kamu terer
itu lebih kamu, itu berkat usaha kamu
tapi aku dan segelintir kamu sering tergelak dalam
bila kamu dok bangga2 dengan kelebihan
kami terasa ingin teriak tapi xsampai
bila kamu dok rendah2kan orang yang kekurangan

ok, kamu mahu orang panggil kamu hebat
tapi kadang2 aku risau
kamu dok hanyut dalam panggilan itu
kamu dok rasa kamu besar pandai gempak
come on r...
berapa sen sangatlah harga hebat itu?

sejuk beku, otak tepu

aku sejuk aku beku

oh ya, aku kat dalam lab rupenye
sejuk, gigil tusuk tulang temulang
(maybe lemak dah x banyak kot..=p)

ada apa dengan sejuk?
ada apa dengan beku?
kau sejuk, kau x gerak
kau beku, kau kaku
kau sejuk sebab takut kah?
kau beku sebab gentar kah?
kau sejuk beku sebab selesa kah?
buat kau enggan masuk lorong2 panas
buat kau malas jadi lebih kuat hebat
penyudahnya?
kau cair dalam kalangan mereka
kau cair dengan telunjuk x patut mereka
kau cair larut lemah tenggelam hampir x timbul dah

otak tepu.
idea x laju, organ pula sejuk beku

payah ke hidup?

payah ke hidup?

eleh, kau apa tahu?
kau xrasa apa yang aku rasa
kau tak susah apa yang aku susah
kau xsama dengan orang2 kurang bernasib di luar sana
eh, salah ke aku x jadi macam mereka?
salah ke aku nak tanya, mendalami sakit payah hidup mereka?
aku bukan datang untuk tunjuk simpati
aku datang untuk duduk sama dengan kamu, menghayati
biar aku tidak lupa, sentiasa beringat hukum roda

*pause seketika*

kita duduk, bergelak ketawa semeja
pabila pulang ke bilik, ke rumah, ke tempat asal
ada yang masih ketawa, bahkan mungkin terguling2 tergelak
ada yang bersedih, menangis teresak-esak
ada yang hanya diam, bagai tiada apa yang berlaku
jalan kita tidak sama
kau bermula dengan kaya
kau bermula dengan papa kedana
kau bermula dengan senang
kau bermula dengan air mata bergenang

*pause lagi*

tapi yakinlah
hujung jalan kita sama
mengadap tuhan yang sama
tapi yakinlah
setiap yang senang ada payahnya
setiap yang susah ada senangnya

payah ke hidup?
ya, memang payah
tidak kira bagi aku atau kamu

malam selasa yang hening



lab report yang xsiap
revision untuk mid term esok (hari ni)

manusia sering dalam kerugian
kita sering suka bertangguh2
tentang kerja, ibadah n macam2 lagi
masa yang diberi adalah sama
24 jam sehari untuk semua
xde lebih atau kurang
mahupun 0.00000001 saat

3 hari yang kosong
tanpa ada kelas, miting mahupun dating
masih x cukup untuk lunaskan tugas
senario ini amat biasa bagi aku
dan amat biasa dikalangan lain

malam selasa yang hening
sejuk sunyi tusuk kalbu
tatkala tangisan hati xdengar dari kejauhan
lantaran ayat2 mengguris sekeping hati
aku memilih untuk tidur
aku memilih untuk lihat sahaja esok mendatang
moga dapat bangun alas perut
moga tertunai sempurna tuntutan pertama
moga revisi sempat terisi
selamat malam untuk semua..

"this blog welcome all of you to share your thoughts, feelings, opinions, suggestions, messages,screams and complains.. let the voices within you being heard by others"

tuskysama

tuskysama