Life as The Guardian of The Reef


Pagi ku bermula
dengan rukuk dan sujud pada-Nya
syukur
diberi lagi nafas, diberi lagi sehari
selesai di tikar sejadah
bergegas capai lensa
bergegas ke batu2 surut
duduk, renung langit
mahu tunggu mentari keluar
mahu lihat sinar pertama hari ini
terpaku aku di atas batu agak lama
terpaku aku lihat indah kebesaran
hebatnya Maha Pencipta
kerdil timbul jauh di sudut hati

selepas menyantap pagi
bersiap2 ke jeti
menunggu deruman enjin bot datang
membawa para pemerhati terumbu
bilangannnya ramai
perlu dicatat , ia satu tugas
bertanya, berbual di situ
hingga tengah hari tegak lagi

lapar..
bersama teman sediakan santapan
kadang2 untuk kami
selalunya untuk semua
rehat...

petang
nanti kerja dari OC
kalau tiada
persiap kelengkapan
terjun ke dalam dunia biru
bukan saja2, demi kerja
terpaku lagi aku
disebalik buih2 udara
terhampar daerah terumbu yang indah
selesai tugas, timbul semula

malam
barangkali mungkin ada rondaan
atau hanya aktiviti senggang
diisi dengan borak2 kosong
mungkin di jetty, mungkin di depan tv

oh ya,
aku terlupa pada puan penyu
yang saban malam datang membawa sinar zuriat baru
kami tunggu, kami gali, kami simpan harapan2 ibu2 penyu
elok2, molek2, sungguh2
ke satu tempat khas
dengan harapan banyak yang bakal muncul menetas

dinihari
tidur....
dengan keletihan
ya, nampak mudah
tapi letih
xpa,
letih tapi puas...

Dive


at Pasir Akar....

bertegur sapa



jangan diangkat hidung yang pesek
jangan dipilih bulu ataupun warna
jangan membisu tatkala bertemu
jangan enggan bersapa kepada siapa2...


kita bersaudara
kalau kita bertegur sapa
xkira asal xkira usia
mungkin ada manfaat
mungkin akan terzahir kemesraan
amalkanlah....

org kupilih,

Najma

Roomate
Azyan

di hadapan pulau




in the Name of Allah, Most Gracious, Most Merciful....


gemersik angin menghembus
deruman sibuk sayup2 xdengar
kukucup syukur tanah sekangkang luas ini

ya,
aku sudah datang.....
niat menimba pengalaman hidup
jadi penghuni tanah terik ini
terima kasih pada Dia
kerna beri aku peluang ini
sebulan setengah barangkali tempoh singkat
tapi ingin kusyukuri cukup2 setiap saat
aku datang ada kerja
aku datang ada peranan

hmmm
lontarkan ia jauh2 ke tepi seketika
aku datang lagi
ke tempat sebegini
pantai indah, airnya jernih
malamnya sunyi

disebalik kejernihan
tenggelam satu kehidupan indah
daerah berwarna warni
daerah yang aku tunggu2
dan
bayu laut yang hembus tubuh
bagai menerbang minda jauh2
sambil di atas pasir dibawah kelapa badan berlabuh
melihat suria terbit tenggelam di ufuk jauh
ini santapan hari2
ini santapan selagi aku tidak mati
insyaAllah

barangkali
puisi tarian jari jemari merancak lagi
dengan kisah gelagat daerah pantai
juga daaerah warni di terumbu2

akan ku syukuri setiap saat2 ini

tinta kontang

dakwat kering...
idea kontang....
laman sepi......

fuh...
ada bicara
tentang kerja2...
masuk sudah 3 minggu setengah
dibawah pendingin hawa laju
aku belajar ini dan itu
sekali lagi
tentang etika
tentang skop kerja
tentang hormat dan mesra pada semua
macam dulu2

tp kali ini bayarannya percuma
xmengapa
pengalaman itu besar pulangannya
kalau dulu
keringat yg mengalir buat aku bersyukur
pada tiap2 suap nasi emak ayah
kalau dulu
pulangan bulanan jadi begitu bermakna sekali
ini jerih penat keringat
walaupun tuai hasil sebulan bertahan seminggu cuma
bukan duit yg aku kejar
tapi pengalaman, cerita kisah jatuh bangun
yang aku cari, yang aku tagih
sama juga dengan kali ini...

syukur....

Malaysian-antara concern dan emo

datang satu isu, datang satu peristiwa
datang satu kontraversi

memula nada mcm prihatin
baik sungguh budi bahasa susila
penuh dengan bijak dan karisma
pergh, bangga gila r r jd Malaysia

tp..
bile dah start diapi-api
start marah dan benci
mule r gaduh bermaki2
tuil sana tuil sini
adei...
ape kejadahnya semua ini..?

konfius aku
concern dan emo...
xtahu sekuat mana faktornya
tp kita bleh jangka sejauh mana serius kesannya

harap2 xjd mcm negara2 jiran
Nauzubillah....

"this blog welcome all of you to share your thoughts, feelings, opinions, suggestions, messages,screams and complains.. let the voices within you being heard by others"

tuskysama

tuskysama