moments that cannot be replaced
it's been a long time since we r together like dis
well, these were moments that cannot be replaced
alhamdulillah...
Labels: dari lensa Nikon murahan , xperience
cerita tukang kipas
panas.... panas.. panas....
ini cerita2 basi
tapi berlaku hari2..
tukang kipas...
kipas jangan x kipas..
kan ke ramai org2 atas
yang tengah panas2
kan sejuk diorang kalau kau tolong kipas2
hahaha
"bos, idea ni bagus bos.. bos memang mantap"
padahal baru lima menet lepas dok persoal buah fikiran itu
padahal semalam gelak2 sakan ngumpat bodoh salah org itu
belakang2 panas2,
depan2 jadi tukang kipas
semua jadi takut perbetul salah orang atas
semua berlumba2 beli kipas
kipas cap belanja makanlah
kipas cap pujian melangit lah
kipas cap itu
kipas cap ini..
pada yang xmampu beli
pada yang malas nk mengipas
ditolak tepi
dicampak jauh2
ape kes?
Labels: ntahhapehapentah , voice within
jangan
jangan.....
jangan henti coret di sini...
mahu rehat bawah mentari terik
mahu sapa sahabat terumbu...
mungkin rehat panjang ini akan dihenti
Labels: monolog , ntahhapehapentah
ramadhan terakhir bersama
sahur....
"oi, jom turun sahur dowh... "
"abe, nasi putih telur bistik satu yek"
"mkn kurma sudeh"
"Kung Fo Chong?"
"Mc D xleh g r"
"aizuddin..........PES jom"
puasa
" weh, kejut aku kul 9 yek, kelas aku kul 9 gak"
"sorry sir, i was 'overslept'..."
pre-buka
"nk buka mane dowh?"
"bazar bukit sudeh"
"jom masjid"
"tolong belikan aku nasi kukus yek"
"sempat lagi x satu game?"
buka
"ko beli mknn kat kedai mane satu?"
"ko kene berape ek? aku pnye 5.50 kooot.."
"mahal siot, kalau kat kl murah lagi kot"
Terawikh
"Al-Attas sudeh"
"jom Al-Econ... Moreh die style dowh"
"ko nk Transnasional ke PlusLiner?"
"ni dah solat terawikh ke belum ni?..." "errr dah, uztaz"
"sape kalah lawan aku"
pastu
" ijat, esok kejut sahur yek.."
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin
berbuka
satu hari tu aku join A and A g iftar kat masjid cenderwasih
untuk pengetahuan sume, masjid ni merupakan 'hotspot'
bagi pengimarah2 tegar berbuka di masjid
aku tanya A
"kat sini makan berat terus ke?"
A jawab,
"haah"
okeh...
kitorang xjadi g iftar kat situ
sbb xde iftar jami'e
(nampak sangat datang semata2 nak mkn.. )
A terus kuar masjid menuju ke masjid setongkol
another 'hotspot' gak
masuk masjid, lepak2 jap..
borak2 ngn org sekeliling
azan...
kami pun bergegas ke meja juadah
aku amik pinggan, terus kaut nasi..
pelik gak sebab lauk2 diorng tutup
tiba2 ada org sound
"kat sini kita buke ngn kuih2 dulu
pas solat baru mkn berat"
"oh....."
aku terus letak pinggan aku kat tempat asal
beserta nasi....
A and A dah gelak sakan dah...
cis...
mase iqamah, aku senyap2 letak balik nasi ke dalam bekas die
Labels: cerita satu hari
Sampling
from kuantan to matang
from matang to kuantan
from kuantan to sg ular
from sg ular to kuantan
from kuantan to penor
from penor to kuantan
from kuantan to IM2
bum, flat, tired....
be prepared.........
to be enjoyed..
Labels: ntahhapehapentah
flat-broke
new semester begins
now that i'm already fourth year
i started to tell myself
u r getting older
by older, u should be more mature
am i?
look back what i have done
from the very first moment
i entered the starting grid
it was unclear
the track
how many lap
how far
who are the other racers
now that i am in the final quarter
my engine starts to feel the tense
of finishing this race
will i ever claim the podium finish?
maybe
well, just maybe....
Labels: voice within
"Nanometer"
Everyday I decide to wake up, to unseal my eyes
Everyday I exit my blanket, depart from my baced
For it'll draw us closer
For it'll draw us closer
Everyday I decide to learn a day has passed
Everyday I mutely wish to experience the ride
of growing closer and closer
of growing closer and closer
I do not want to miss even a nanometer closer to you
Like falling in love
tardily
again and again
we share a ceiling
and its entire solar system,
-God is kind
I do not want to miss even a nanometer closer to you
Mr. Capitalism is abducting you away from me
this song is plausibly the only way you can be reached
time is generous
and distance is oh so ruthless
Labels: songs for tusky
apa inspirasimu?
bile berkata tentang inspirasi
bila ditanya kenapa
semangat juang x pernah2 mati
banyak.....
macam2 jawapan
"i did it because of myself"
"i've gone through everything because of my mom and dad"
"ini untuk anak2 saya"
"ini untuk bangsa2 saya"
" ini untuk dia, demi cinta hati saya"
aku renung satu2
xsalah
inspirasi itu pilihan sendiri
bila ditanya diaju pada aku
"cerita2 orang yang xmati2 semangat juangnya"
terima kasih wahai tukang cerita
Labels: monolog , voice within
Life as The Guardian of The Reef
Pagi ku bermula
dengan rukuk dan sujud pada-Nya
syukur
diberi lagi nafas, diberi lagi sehari
selesai di tikar sejadah
bergegas capai lensa
bergegas ke batu2 surut
duduk, renung langit
mahu tunggu mentari keluar
mahu lihat sinar pertama hari ini
terpaku aku di atas batu agak lama
terpaku aku lihat indah kebesaran
hebatnya Maha Pencipta
kerdil timbul jauh di sudut hati
selepas menyantap pagi
bersiap2 ke jeti
menunggu deruman enjin bot datang
membawa para pemerhati terumbu
bilangannnya ramai
perlu dicatat , ia satu tugas
bertanya, berbual di situ
hingga tengah hari tegak lagi
lapar..
bersama teman sediakan santapan
kadang2 untuk kami
selalunya untuk semua
rehat...
petang
nanti kerja dari OC
kalau tiada
persiap kelengkapan
terjun ke dalam dunia biru
bukan saja2, demi kerja
terpaku lagi aku
disebalik buih2 udara
terhampar daerah terumbu yang indah
selesai tugas, timbul semula
malam
barangkali mungkin ada rondaan
atau hanya aktiviti senggang
diisi dengan borak2 kosong
mungkin di jetty, mungkin di depan tv
oh ya,
aku terlupa pada puan penyu
yang saban malam datang membawa sinar zuriat baru
kami tunggu, kami gali, kami simpan harapan2 ibu2 penyu
elok2, molek2, sungguh2
ke satu tempat khas
dengan harapan banyak yang bakal muncul menetas
dinihari
tidur....
dengan keletihan
ya, nampak mudah
tapi letih
xpa,
letih tapi puas...
bertegur sapa
jangan diangkat hidung yang pesek
jangan dipilih bulu ataupun warna
jangan membisu tatkala bertemu
jangan enggan bersapa kepada siapa2...
kita bersaudara
kalau kita bertegur sapa
xkira asal xkira usia
mungkin ada manfaat
mungkin akan terzahir kemesraan
amalkanlah....
org kupilih,
Najma
Roomate
Azyan
Labels: 1B1A , remember this reminder
di hadapan pulau
in the Name of Allah, Most Gracious, Most Merciful....
gemersik angin menghembus
deruman sibuk sayup2 xdengar
kukucup syukur tanah sekangkang luas ini
ya,
aku sudah datang.....
niat menimba pengalaman hidup
jadi penghuni tanah terik ini
terima kasih pada Dia
kerna beri aku peluang ini
sebulan setengah barangkali tempoh singkat
tapi ingin kusyukuri cukup2 setiap saat
aku datang ada kerja
aku datang ada peranan
hmmm
lontarkan ia jauh2 ke tepi seketika
aku datang lagi
ke tempat sebegini
pantai indah, airnya jernih
malamnya sunyi
disebalik kejernihan
tenggelam satu kehidupan indah
daerah berwarna warni
daerah yang aku tunggu2
dan
bayu laut yang hembus tubuh
bagai menerbang minda jauh2
sambil di atas pasir dibawah kelapa badan berlabuh
melihat suria terbit tenggelam di ufuk jauh
ini santapan hari2
ini santapan selagi aku tidak mati
insyaAllah
barangkali
puisi tarian jari jemari merancak lagi
dengan kisah gelagat daerah pantai
juga daaerah warni di terumbu2
akan ku syukuri setiap saat2 ini
tinta kontang
dakwat kering...
idea kontang....
laman sepi......
fuh...
ada bicara
tentang kerja2...
masuk sudah 3 minggu setengah
dibawah pendingin hawa laju
aku belajar ini dan itu
sekali lagi
tentang etika
tentang skop kerja
tentang hormat dan mesra pada semua
macam dulu2
tp kali ini bayarannya percuma
xmengapa
pengalaman itu besar pulangannya
kalau dulu
keringat yg mengalir buat aku bersyukur
pada tiap2 suap nasi emak ayah
kalau dulu
pulangan bulanan jadi begitu bermakna sekali
ini jerih penat keringat
walaupun tuai hasil sebulan bertahan seminggu cuma
bukan duit yg aku kejar
tapi pengalaman, cerita kisah jatuh bangun
yang aku cari, yang aku tagih
sama juga dengan kali ini...
syukur....
Labels: voice within
Malaysian-antara concern dan emo
datang satu isu, datang satu peristiwa
datang satu kontraversi
memula nada mcm prihatin
baik sungguh budi bahasa susila
penuh dengan bijak dan karisma
pergh, bangga gila r r jd Malaysia
tp..
bile dah start diapi-api
start marah dan benci
mule r gaduh bermaki2
tuil sana tuil sini
adei...
ape kejadahnya semua ini..?
konfius aku
concern dan emo...
xtahu sekuat mana faktornya
tp kita bleh jangka sejauh mana serius kesannya
harap2 xjd mcm negara2 jiran
Nauzubillah....
Labels: isu , voice within
intern...
stay focus
learn fast
adapt fast
eager to learn
dare to explore
gotta obey the rules
this 10 weeks stint
would be a legend.....
Labels: untitle
aku sudah jatuh cinta sama terumbu..
ya..
aku xtipu..
sejak pertemuan dulu..
aku sudah terpikat dengan terumbu2..
indah nian, berwarna warni..
tenang
bagai satu alam yang berbeza
walaupun blup2 buih saja yang aku mampu dengar
lantaran kawalan pernafasan yang lum expert
tapi aku tergamam
lihat kumpulan2 kecil penghuni terumbu
pergi sana, pergi sini pergi situ
aku kagum
aku syukuri aku memuji
indah yang tersangat ciptaan Allah
mungkin kemaruk ini kemaruk biasa
mungkin kau anggap " eleh, poyo ini biasa saja"
tapi aku xpeduli
aku mahu terjun lagi
aku masih ingat
tatkala aku tiba2 bersendiri di tengah kedalaman
walau sedikit takut dan gentar
aku toleh seluruh arah..
terasa lain, terasa terkesima..
kecilnya aku dikalangan terumbu
kecilnya aku di kalangan sahabat2 kecil berwarna warni
kupohon kekuatan
kupohon kesempatan..
20 April ini
aku datang, aku cuba jaga
aku cuba pelihara..
Labels: monolog , voice within
kehadapan tukang jaja
kehadapan tukang jaja..
terima kasih sebab sangat kental xsudah jaja cerita
kau jaja sini, kau jaja sana, kau jaja situ
abis semua orang keliling kau pusing
mantap
konsisten
satu pun x ketinggalan
disaji enak cerita2 muak
ditambah perisa ajinomoto segala
hingga cerita jadi gempak
hingga watak cerita jadi sopak
hahahahahaha...
kehadapan tukang jaja
didepan orang kau biasa2 saja
sama duduk
sama gelak tertawa
tapi di belakang?
kau tikam dengan jarum halus
orang xrasa tapi dipandang salah
dianggap hina
kelakar
berbuat baik pada orang
balasnya tuba dan cerca
kelakar
hidup bagai sempurna
dengan onak duri berbisa
berkat usaha si tukang jaja
kehadapan tukang jaja
aku diam, senyum....
aku xkan henti
mereka2 seperti aku xkan henti2
berbuat baik yang terbaik untuk orang
kerna aku dan mereka tidak diajar untuk menuba
kerna aku dan mereka xtergamak untuk mencerca
kerna aku dan mereka xmahu jaja cerita
si tukang jaja...
nauzubillah...
Labels: aku serius dengan ini , voice within
get polluted
Labels: isu , voice within
wedding
sedang aku shoot2 gamba budak2
di tengah2 org ngah wat keje
tiba2 datang sorang makcik meluru kat aku..
ah sudah...
aku ade wat salah ke?
"ha, pas amik2 gamba ni...
jgn lupe upload kat facebook"
pergh
makcik2 pun dah power dah skrg
nasib baik aku xbg email
kalu x sure die dah add
:-)
Labels: ntahhapehapentah , xperience
had i deviated from the purpose of "voiceswithin"?
Labels: screaming , voice within
otak kiri otak kanan
otak kiri untuk ape
otak kanan untuk ape
rugi jek kalu lebihkan satu side je
kate orang
bila kamu bidang ini
pemikiran straight, precise and concise
yeke?
xleh bengkok2 belok2 eh
kalu kau bidang satu lagi
pemikiran abstrak, indah yang orang x paham
kadang2 yang kat tengah2 x ambil peduli
buat2 xnampak, buat2 xngerti
bait2 karya potret hidup yang terhasil
dalam aksi, puisi ataupun nyanyi
hahaha
pe tah yang aku merepek2
ni kalau wat ayat dalam exam
pasti berkerut penanda menanda
otak kanan otak kiri
pada yang diberi kedua2nya
syukurlah, gunalah
untuk datangkan baik dari segenap arah
kamu insan bertuah
pada yang hanya dapat sebelah
jangan pandang enteng pada golongan bidang lain
sebab disebalik kulit, disebalik tengkorak
kita sama2 ada kedua2 otak...
Labels: ntahhapehapentah
semoga senyum itu kekal
senyum
kekal
semoga senyum itu kekal
semoga tawa atasi hiba
sudah bercabang2 sungai air mata teralir
sudah, cukup, tutup rentetan itu
kalaupun satu dunia tidak percaya
akan kebangkitan
bahawa senyum itu kekal
biarlah
kau dan aku sudah cukup.....
senyum
kekal
semoga senyum itu kekal...
p/s: xde kene mengena dengan valentino.. hahahahaha