Pagi ku bermula
dengan rukuk dan sujud pada-Nya
syukur
diberi lagi nafas, diberi lagi sehari
selesai di tikar sejadah
bergegas capai lensa
bergegas ke batu2 surut
duduk, renung langit
mahu tunggu mentari keluar
mahu lihat sinar pertama hari ini
terpaku aku di atas batu agak lama
terpaku aku lihat indah kebesaran
hebatnya Maha Pencipta
kerdil timbul jauh di sudut hati
selepas menyantap pagi
bersiap2 ke jeti
menunggu deruman enjin bot datang
membawa para pemerhati terumbu
bilangannnya ramai
perlu dicatat , ia satu tugas
bertanya, berbual di situ
hingga tengah hari tegak lagi
lapar..
bersama teman sediakan santapan
kadang2 untuk kami
selalunya untuk semua
rehat...
petang
nanti kerja dari OC
kalau tiada
persiap kelengkapan
terjun ke dalam dunia biru
bukan saja2, demi kerja
terpaku lagi aku
disebalik buih2 udara
terhampar daerah terumbu yang indah
selesai tugas, timbul semula
malam
barangkali mungkin ada rondaan
atau hanya aktiviti senggang
diisi dengan borak2 kosong
mungkin di jetty, mungkin di depan tv
oh ya,
aku terlupa pada puan penyu
yang saban malam datang membawa sinar zuriat baru
kami tunggu, kami gali, kami simpan harapan2 ibu2 penyu
elok2, molek2, sungguh2
ke satu tempat khas
dengan harapan banyak yang bakal muncul menetas
dinihari
tidur....
dengan keletihan
ya, nampak mudah
tapi letih
xpa,
letih tapi puas...
One Stop Review Centre
3 years ago
3 Voices:
Chayyok2 abg...
Smoga impianmu jd kenyataan...Insyaallah....:)
T lanje ma amik diving ek...haha... leh dive same2...hi3
insyaAllah...:-)
ku mhu kau selami jua
dunia terumbu itu..:-p
toki, lama x dgr citer...
smga sihat whi shbt...~
Post a Comment