Graduation
Labels: voice within
awan...
Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua...
tergerak hati mahu coret lagi di sini
lantaran tergerak hati hayati bait2
aku hidup merantau
dari kecil hinggalah sekarang
masa yang ada
kami ada
sedikit cuma
tidak seperti kamu
awan kamu sangat besar
sangat jelas nampak
memayungi kamu tika kamu merangkak
tika kamu bertatih
tika kamu berlari
tika kamu menangis
kamu tidak bersendiri
kadang2
ku tanyakan kenapa
kadang2 ku seperti tidak rela
jangan!
itu semua rancangan Dia
mungkin
berkat awan nano itu
kami lebih hargai
kami lebih merasa
Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua...
Labels: voice within
cerita tukang kipas
panas.... panas.. panas....
ini cerita2 basi
tapi berlaku hari2..
tukang kipas...
kipas jangan x kipas..
kan ke ramai org2 atas
yang tengah panas2
kan sejuk diorang kalau kau tolong kipas2
hahaha
"bos, idea ni bagus bos.. bos memang mantap"
padahal baru lima menet lepas dok persoal buah fikiran itu
padahal semalam gelak2 sakan ngumpat bodoh salah org itu
belakang2 panas2,
depan2 jadi tukang kipas
semua jadi takut perbetul salah orang atas
semua berlumba2 beli kipas
kipas cap belanja makanlah
kipas cap pujian melangit lah
kipas cap itu
kipas cap ini..
pada yang xmampu beli
pada yang malas nk mengipas
ditolak tepi
dicampak jauh2
ape kes?
Labels: ntahhapehapentah , voice within
flat-broke
new semester begins
now that i'm already fourth year
i started to tell myself
u r getting older
by older, u should be more mature
am i?
look back what i have done
from the very first moment
i entered the starting grid
it was unclear
the track
how many lap
how far
who are the other racers
now that i am in the final quarter
my engine starts to feel the tense
of finishing this race
will i ever claim the podium finish?
maybe
well, just maybe....
Labels: voice within
apa inspirasimu?
bile berkata tentang inspirasi
bila ditanya kenapa
semangat juang x pernah2 mati
banyak.....
macam2 jawapan
"i did it because of myself"
"i've gone through everything because of my mom and dad"
"ini untuk anak2 saya"
"ini untuk bangsa2 saya"
" ini untuk dia, demi cinta hati saya"
aku renung satu2
xsalah
inspirasi itu pilihan sendiri
bila ditanya diaju pada aku
"cerita2 orang yang xmati2 semangat juangnya"
terima kasih wahai tukang cerita
Labels: monolog , voice within
tinta kontang
dakwat kering...
idea kontang....
laman sepi......
fuh...
ada bicara
tentang kerja2...
masuk sudah 3 minggu setengah
dibawah pendingin hawa laju
aku belajar ini dan itu
sekali lagi
tentang etika
tentang skop kerja
tentang hormat dan mesra pada semua
macam dulu2
tp kali ini bayarannya percuma
xmengapa
pengalaman itu besar pulangannya
kalau dulu
keringat yg mengalir buat aku bersyukur
pada tiap2 suap nasi emak ayah
kalau dulu
pulangan bulanan jadi begitu bermakna sekali
ini jerih penat keringat
walaupun tuai hasil sebulan bertahan seminggu cuma
bukan duit yg aku kejar
tapi pengalaman, cerita kisah jatuh bangun
yang aku cari, yang aku tagih
sama juga dengan kali ini...
syukur....
Labels: voice within
Malaysian-antara concern dan emo
datang satu isu, datang satu peristiwa
datang satu kontraversi
memula nada mcm prihatin
baik sungguh budi bahasa susila
penuh dengan bijak dan karisma
pergh, bangga gila r r jd Malaysia
tp..
bile dah start diapi-api
start marah dan benci
mule r gaduh bermaki2
tuil sana tuil sini
adei...
ape kejadahnya semua ini..?
konfius aku
concern dan emo...
xtahu sekuat mana faktornya
tp kita bleh jangka sejauh mana serius kesannya
harap2 xjd mcm negara2 jiran
Nauzubillah....
Labels: isu , voice within
aku sudah jatuh cinta sama terumbu..
ya..
aku xtipu..
sejak pertemuan dulu..
aku sudah terpikat dengan terumbu2..
indah nian, berwarna warni..
tenang
bagai satu alam yang berbeza
walaupun blup2 buih saja yang aku mampu dengar
lantaran kawalan pernafasan yang lum expert
tapi aku tergamam
lihat kumpulan2 kecil penghuni terumbu
pergi sana, pergi sini pergi situ
aku kagum
aku syukuri aku memuji
indah yang tersangat ciptaan Allah
mungkin kemaruk ini kemaruk biasa
mungkin kau anggap " eleh, poyo ini biasa saja"
tapi aku xpeduli
aku mahu terjun lagi
aku masih ingat
tatkala aku tiba2 bersendiri di tengah kedalaman
walau sedikit takut dan gentar
aku toleh seluruh arah..
terasa lain, terasa terkesima..
kecilnya aku dikalangan terumbu
kecilnya aku di kalangan sahabat2 kecil berwarna warni
kupohon kekuatan
kupohon kesempatan..
20 April ini
aku datang, aku cuba jaga
aku cuba pelihara..
Labels: monolog , voice within
kehadapan tukang jaja
kehadapan tukang jaja..
terima kasih sebab sangat kental xsudah jaja cerita
kau jaja sini, kau jaja sana, kau jaja situ
abis semua orang keliling kau pusing
mantap
konsisten
satu pun x ketinggalan
disaji enak cerita2 muak
ditambah perisa ajinomoto segala
hingga cerita jadi gempak
hingga watak cerita jadi sopak
hahahahahaha...
kehadapan tukang jaja
didepan orang kau biasa2 saja
sama duduk
sama gelak tertawa
tapi di belakang?
kau tikam dengan jarum halus
orang xrasa tapi dipandang salah
dianggap hina
kelakar
berbuat baik pada orang
balasnya tuba dan cerca
kelakar
hidup bagai sempurna
dengan onak duri berbisa
berkat usaha si tukang jaja
kehadapan tukang jaja
aku diam, senyum....
aku xkan henti
mereka2 seperti aku xkan henti2
berbuat baik yang terbaik untuk orang
kerna aku dan mereka tidak diajar untuk menuba
kerna aku dan mereka xtergamak untuk mencerca
kerna aku dan mereka xmahu jaja cerita
si tukang jaja...
nauzubillah...
Labels: aku serius dengan ini , voice within
get polluted
Labels: isu , voice within
had i deviated from the purpose of "voiceswithin"?
Labels: screaming , voice within
cahaya
kita selalu ternanti cahaya itu
kita nanti, tapi tidak pula mencari
kita tunggu termangu2
aku xtau r
sama ada kita dah selesa dengan kita yang sekarang
atau kita memang dah xnak ubah
kalaulah zahirnya kita sedikit jahat
kita kata "tunggulah cahaya itu suluh"
"tunggulah sampai cahaya itu seru"
kenapa 'tunggu' dijadikan option utama?
kita rasa kita masih cukup masakah?
nak tunggu2 termanggu2
kenapa yek
Labels: voice within
ombak datang lagi
air berkocak
bayu sejuk menerkam pantai
cebisan daun kenangan berterbangan
perahu usang bergoyang lagi
perahu itu sudah usang
sudah tidak ada layarnya
sudah patah kemudinya
sudah karat enjinnya
sudah berlubang sini sana
sudah tidak selamat untuk kita
janjiku
ingin bikin semula perahu itu
ingin tampal semula bocor2 itu
ingin baiki enjin ingin ganti kemudi
namun hajat xsampai
air yang berkocak
tiba2 mengganas bagaikan ombak
masakan perahu ini dapat bertahan lagi?
ini bukan ombak biasa
bot2 pun tidak terdaya menahan
inikan pula perahu usang kita
lantas...
datang sebuah bot penyelamat
entah dari mana
entah siapa pengemudinya
tempat hanya satu
pergilah naik bot itu
tidak perlu bersusah mencedok air keluar
tidak perlu sesat lantaran perahu usang tak berkemudi
tidak perlu tertunggu2 kerna layar dah patah enjin berkarat
biar aku
biar aku berjuang dalam perahu usang
aku orang laut pasti xkan karam
aku orang laut pasti semangat juang xpadam
kalaupun karam
biarlah aku tenggelam dalam ombak besar itu sorang2
tanpa ada kesan
tanpa siapa tahu
tanpa siapa peduli..
jangan tangisi biarpun aku mati
Labels: voice within
jangan ganggu kami..
jangan
jangan ganggu kami lagi
kami mahu tentu
hidup tuju kami sendiri
jangan
jangan jadi bz body
ya,
barangkali kami buat silap
ya,
barangkali kami salah di mata mereka
tp,
bukankah silap itu lumrah?
bukankah dari silap datangnya sesuatu yang indah?
jangan
jangan ganggu kami lagi
cukuplah perit yang mereka beri
cukup cukup cukup
jangan tambah susah lagi
jagalah body sendiri
kami mahu hidup aman semula
ceria, bahagia, tenang semula
ya,
kadang2 hidup berkocak berombak
tapi itu natural
jadi jangan jadi orang tipikal
jangan beri kami masalah
berambuslah....
pergilah...
aku xkan kacau kamu
kami xkan ganggu hidup kamu
tolonglah berambuslah..
Labels: screaming , voice within
petang ini...
So long, fare thee well
The dancer and the dancing days have taken leave and fell
So turn down this bed of stone
Quench me with the deadly nightshade from the rose that you belong
The long December rain is falling now
Running down on streets to nowhere
Music is my life youre my sweetest nightingale
But I cant hear it here no more
And I go
I go
Hush now, dont shake or break
Words have fallen silent like soldiers to the grave
No matter what they do or say
Lay me on the sleepy meadow by the tracks upon your face
Labels: voice within
aku mahu jadi biasa saja
yup
being just an ordinary
tahun ini sudah sampai hujung2 degree
dah 15 tahun aku berjuang
menimba perigi ilmu
yang kadang2 sangat dalam
sampai xcapai dengan timba di tangan
yang kadang2 penuh melimpah ruah
15 tahun sudah
xperasan plak..
manusia perlukan masa untuk jadi manusia
xpe, pelan2 kita kayuh
pelan2 kita belajar
dengan tinta, dengan marah2 cikgu
dengan kawan2, dengan alam sekeliling
dan
aku akui..
banyak bende yang aku dah explore
ya,
aku xpandai sangat pun tendang bola
tapi turun je lah maen futsal petang2
maybe sebab dulu kat sekolah dok main bola lonjong je
tu yang xreti tu
hahahaha...
ya,
aku bukan gamers juga
tapi dok terpaku gak depan PC
layan satu dua game dengan semangat x bosan
ya,
orang kata aku pandai berkata2
hahahahahaha
tapi biasanya macam machine-gun
main taram tembak je segenap arah
hahahaha
oh ya,
org juga kata aku bagus wat kerja
ntah la.. aku pun xtau sangat
orang bagi kerja, buat je lah
improve sikit sini sana
biar nampak genuine sikit
aku mahu jadi biasa saja
grad, sambung sikit2 pelan2
pastu kawen, kerja, kumpul harta sikit
then jalan2 pusing2 keliling
wat breakthrough sikit, publish itu ini
then
tengok anak2 membesar
tengok cermin tengok wajah yang makin berkedut
dan pergi...
insyaAllah ...
lupa pula..
if i can give something to the community
i'll do whatever i could...
sebab itu peranan hidup juga..
Labels: voice within
diorang tu teruk sangat ke ek?
hari ini aku ade program Kem Bina Insan
targetnye pelajar2 sekolah menengah
yang terdiri dalam kalangan remaja2
bercakap tentang remaja
hari ini aku surf tenet pasal diorg
ya, aku dah x berapa remaja
ya, aku agak lama dah tinggalkan zaman itu
surf dan surf dan surf
ingin cari kehebatan remaja yang terpapar
type "remaja" kat google
tp aku pelik..
berderet2 kuar cerita2 xbest pasal diorg
sume link bercerita pasal hitam diorg
eh, sumenye hitam ke?
xde yg putih ke?
iye, aku tau remaja ahli rempit jalanan
iye, aku tau r remaja ahli itu dan ini
tp xkan r xde yg nak terkedepan
beramai2 mencari hebatnya mereka
mengangkat nilai2 hebat dari diri mereka
satu kesimpulan pandangan tersimpul
masyarakat label hitam pada mereka
kita just hanya nampak salah mereka
kita blame mereka itu ini
kelakar..
macam r kita xpernah muda dulu2
mase tu, pe yg kita nak?
pade aku,
during dat time
we always want our voices being heard
we always want our opinion being acknowledged
tp pe yang kita dapat?
cube tengok2 balik..
ade ke org nak dengar?
iye, kita x matang tika itu
tp kita xde hak ke nak suarakan pendapat?
dunia hanya tahu cari salah, hukum itu ini..
mereka hebat..
aku tahu masyarakat susah nak terima persepsi ini
tapi cubalah, cubalah selami jiwa mereka
cuba cari baik mereka, putih mereka
dah jumpa, appreciate it..
berikan mereka peluang untuk kembang baik itu, putih itu
aku tahu xsemua yang akan cuba
tapi aku yakin ramai yang berfikiran sama
marilah..
remaja sedang tunggu panggilan kita..
Labels: isu , voice within
dah nampak ke
setahun setengah lagi masa diberi
tiga semester lagi untuk diharung..
dah nampak ke?
eh...
nak abis dah eh?
lor.... nape xbagitau awal2..
ingatkan banyak mase lagi...
xprepare papepun lagi ni...
............................................
brangkali mungkin aku tidak sedar
roda hidup pantas berputar
semalam aku berkubang di parit
semalam aku terjatuh basikal di jalan
semalam aku genggam result2 cemerlang
tika di bangku sekolah
semalam aku berucap di depan orang
semalam aku ke sana sini urus tanggungjawab
semalam..
semalam sudah berlalu pergi
hari ini, aku dah hampir di penghabisan
hidup jatuh bangun sebagai pelajar
hari ini, aku tertanya pada diri
sejauh mana aku dah ready
bila roda berputar lagi
sejauh mana aku kuat
untuk galas tangungjawab amanah
yang lebih besar mencabar
pada mak ayah,
puteri2 kesayangan
pada dia
pada semua...
hadir aku untuk berikan sesuatu
insyaAllah, akan ku kotakan
dah nampak ke
dah....:)
Labels: voice within
aku terpegun dengan saat2 ini..
biarpun sekejap xlama seketika..
Labels: dari lensa Nikon murahan , voice within