jangan.....
jangan henti coret di sini...
mahu rehat bawah mentari terik
mahu sapa sahabat terumbu...
mungkin rehat panjang ini akan dihenti
jangan
Labels: monolog , ntahhapehapentah
apa inspirasimu?
bile berkata tentang inspirasi
bila ditanya kenapa
semangat juang x pernah2 mati
banyak.....
macam2 jawapan
"i did it because of myself"
"i've gone through everything because of my mom and dad"
"ini untuk anak2 saya"
"ini untuk bangsa2 saya"
" ini untuk dia, demi cinta hati saya"
aku renung satu2
xsalah
inspirasi itu pilihan sendiri
bila ditanya diaju pada aku
"cerita2 orang yang xmati2 semangat juangnya"
terima kasih wahai tukang cerita
Labels: monolog , voice within
Life as The Guardian of The Reef
Pagi ku bermula
dengan rukuk dan sujud pada-Nya
syukur
diberi lagi nafas, diberi lagi sehari
selesai di tikar sejadah
bergegas capai lensa
bergegas ke batu2 surut
duduk, renung langit
mahu tunggu mentari keluar
mahu lihat sinar pertama hari ini
terpaku aku di atas batu agak lama
terpaku aku lihat indah kebesaran
hebatnya Maha Pencipta
kerdil timbul jauh di sudut hati
selepas menyantap pagi
bersiap2 ke jeti
menunggu deruman enjin bot datang
membawa para pemerhati terumbu
bilangannnya ramai
perlu dicatat , ia satu tugas
bertanya, berbual di situ
hingga tengah hari tegak lagi
lapar..
bersama teman sediakan santapan
kadang2 untuk kami
selalunya untuk semua
rehat...
petang
nanti kerja dari OC
kalau tiada
persiap kelengkapan
terjun ke dalam dunia biru
bukan saja2, demi kerja
terpaku lagi aku
disebalik buih2 udara
terhampar daerah terumbu yang indah
selesai tugas, timbul semula
malam
barangkali mungkin ada rondaan
atau hanya aktiviti senggang
diisi dengan borak2 kosong
mungkin di jetty, mungkin di depan tv
oh ya,
aku terlupa pada puan penyu
yang saban malam datang membawa sinar zuriat baru
kami tunggu, kami gali, kami simpan harapan2 ibu2 penyu
elok2, molek2, sungguh2
ke satu tempat khas
dengan harapan banyak yang bakal muncul menetas
dinihari
tidur....
dengan keletihan
ya, nampak mudah
tapi letih
xpa,
letih tapi puas...
di hadapan pulau
in the Name of Allah, Most Gracious, Most Merciful....
gemersik angin menghembus
deruman sibuk sayup2 xdengar
kukucup syukur tanah sekangkang luas ini
ya,
aku sudah datang.....
niat menimba pengalaman hidup
jadi penghuni tanah terik ini
terima kasih pada Dia
kerna beri aku peluang ini
sebulan setengah barangkali tempoh singkat
tapi ingin kusyukuri cukup2 setiap saat
aku datang ada kerja
aku datang ada peranan
hmmm
lontarkan ia jauh2 ke tepi seketika
aku datang lagi
ke tempat sebegini
pantai indah, airnya jernih
malamnya sunyi
disebalik kejernihan
tenggelam satu kehidupan indah
daerah berwarna warni
daerah yang aku tunggu2
dan
bayu laut yang hembus tubuh
bagai menerbang minda jauh2
sambil di atas pasir dibawah kelapa badan berlabuh
melihat suria terbit tenggelam di ufuk jauh
ini santapan hari2
ini santapan selagi aku tidak mati
insyaAllah
barangkali
puisi tarian jari jemari merancak lagi
dengan kisah gelagat daerah pantai
juga daaerah warni di terumbu2
akan ku syukuri setiap saat2 ini
aku sudah jatuh cinta sama terumbu..
ya..
aku xtipu..
sejak pertemuan dulu..
aku sudah terpikat dengan terumbu2..
indah nian, berwarna warni..
tenang
bagai satu alam yang berbeza
walaupun blup2 buih saja yang aku mampu dengar
lantaran kawalan pernafasan yang lum expert
tapi aku tergamam
lihat kumpulan2 kecil penghuni terumbu
pergi sana, pergi sini pergi situ
aku kagum
aku syukuri aku memuji
indah yang tersangat ciptaan Allah
mungkin kemaruk ini kemaruk biasa
mungkin kau anggap " eleh, poyo ini biasa saja"
tapi aku xpeduli
aku mahu terjun lagi
aku masih ingat
tatkala aku tiba2 bersendiri di tengah kedalaman
walau sedikit takut dan gentar
aku toleh seluruh arah..
terasa lain, terasa terkesima..
kecilnya aku dikalangan terumbu
kecilnya aku di kalangan sahabat2 kecil berwarna warni
kupohon kekuatan
kupohon kesempatan..
20 April ini
aku datang, aku cuba jaga
aku cuba pelihara..
Labels: monolog , voice within